CERITA BENAR – AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL
MAUT – OLEH USTAZ NAHRAWI MARZOKI

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya.
Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di
sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu.
Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali
melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh.
Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya
terikat kemas di katil.
“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa
nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang
abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.
Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera
datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz,doktor pun tak tau.”
Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan.
Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya
menakutkan dan menyedihkan. “Emak, ampunkan saya mak.> Panaaaassss. Saya
sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.”
Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar
seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara
matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad
berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya
tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi
sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

“Panggil ibunya segera,” kata saya.
Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma
terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa ni?” tanya saya.

Dengan perlahan abang Jalal bersuara, “Ustaz, ibu kami baru sahaja
meninggal dunia dua minggu lepas.”

“Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan
kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat
membantu,” kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya
semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu
insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk
meredakan kesakitan Jalal.

“Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.”

“Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu
kami,”jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya.
Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat
perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai
kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia
bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan
menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang
rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya.

Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang,
seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga
dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal
meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya
adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau
di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang
seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan
itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya.
Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak
mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan
akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah
tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan
tanah mereka dikampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan
oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu. “Emak, saya
nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat
berniaga,” katanya kasar. “Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah
adik-beradik kamu,”jawab si ibu.
“Ahhh, saya tak kira.” “Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu
nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang,” jawab
ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya
mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa.
Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan
apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang kerumah ibunya. Beberapa
orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya
sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan
kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu
sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu
segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat
melepaskankemarahan nya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya
meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.
Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian
ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba.
Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang
dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit,meronta dan menggelepar
kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun
kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih.
Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya
dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat
apa-apa
kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk
menidurkannya. “Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain,” kata saya.
Di
samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin
untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit
kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. “Aduh
panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak,
panas.
Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya
emak, ampunkan saya,saya bersalah.” Jeritan Jalal itu meruntun hati
saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘ke situ’? Kenapa Jalal tidak
mahu dibawa ‘ke situ’
dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh
Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat
ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah,
saya
meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka,
“Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih
panjang. Kalau tidak…
” Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi. Saya tinggalkan mereka, namun
sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.
“Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak,” kata siabang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya,saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah dipenghujungan. Keluarganya
semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan
Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna.
Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap
seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba,ketenanga n itu dipecahkan

sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang
menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam
satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur
membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah,
keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang
mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang
ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas,
semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata
Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis
berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian
dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas
‘rentapan’ itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti
dan
dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah
riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham
menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar
kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah
sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam
al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap,merentap dan merenggut
nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya
menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya,
namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup
memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah
berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat.
Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai.
Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung
kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham,

namun gagal. Kelopak mata tidak berupayauntuk menutup biji matanya yang
tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang
kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan
tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya
menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana
duburnya
terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan
mereka
supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai
membersihkan
tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu
menguruskan
jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di
sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum
berakhir.

Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan
hospital,
tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang
cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang
abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock
absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah,
Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu
kami
rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang.
Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul – tidak ada van atau kereta
yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori
kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat
kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang
membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat,
tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah
Allahyarham
sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa
Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga
kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi.
Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa
diambil dan ditambur ke atasnya. Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan
telefon
daripada keluarga Allahyarham. “Ustaz, saya nak minta pertolongan dan
pandangan daripada ustaz.”
“Apa masalahnya itu?” tanya saya. “Kubur adik saya berlubang ustaz.”
Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak
yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang
tu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut
bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang
menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya
dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.
“Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut,
insya-Allah, tak berlubang lagi,” kata saya. Namun keesokan harinya
sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur
berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur
arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah
lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang
ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di
kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang
Allahyarham. “Begini sajalah,” kata saya. “Mulai malam ini buatlah
majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah
Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam
bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam
bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali.”Seperti yang saya
nasihatkan, pada malam berkenaan merekamengadakan majlis itu. Namun saya
diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan.
Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang.
Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih
terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya
aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam
ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa
hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika
orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut
ditimpa
malapetaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga
ke akhir hayatnya. Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan
Allahyarham
ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman
dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

Amin.

Wassalam….