Subject: gelak sikit2 je..jgn tensen2
PART I

Che’gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam
aktiviti sukan di padang sekolah.
Seperti biasa, Che’gu Nasyor akan menyuruh
murid²nya melakukan regangan otot.
Tiba di satu bahagian, dimana murid²
baring dan mengankat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang
mengayuh basikal. Che’gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya
yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya.

Lalu Che’gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah.
“Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah”

“Oh Che’gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit
Che’gu, sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak.

PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che’gu Nasyor telah

bertanya kpd murid²nya. Che’gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali! Man Tapah lalu
Che’gu Nasyor pun berkata,
Che’gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan
pergi mana-mana.

PART III

Che’gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam
kelas 1 Mawar…

Che’gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan
tepong?

Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat
kek di dapur.

Che’gu : Mana tepungnya??

Man : Tepong kan ke dalam kek tu…. Che’gu nie tak sekolah ke
hape??

PART IV

Seperti biasa, Che’gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.
Che’gu Nasyor mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau
mengajar bab “cara berwudhuk”
Selepas mengajar, beliau (Che’gu) selalu meminta muridnya
bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che’gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba² seorang a! nak muridnye mengangkat tangan, nama
murid tu adalah Man Tapah

Man : Ada Che’gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil
wudhuk dua kali?
Che’gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil
wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi
satu tu boleh buat spare part!

Che’gu : Allahhuakbarr!!!

PART V

Che’gu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar
pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, che’gu

Che’gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak.
Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya,
che’gu

Che’gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Man Tapah
pula. Apakah tugas daun pisang?

Man Tapah :untuk membungkus nasi lemak, che’gu…

Che’gu Nasyor : uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis

kelas…