Jika kamu memancing ikan….
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah
kamu
mengambil terus ikan itu….
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke
dalam
air begitu sahaja….
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan
kepada seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu
menjaga
hatinya….
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya
begitu
sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi
dia
mengingatimu….

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia
begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula….
akhirnya ia dibuang….
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin
ia masih
boleh digunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima
lah
seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa….
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan
mudah
bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu
kecewa
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang
kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan
yang
lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan
seorang
insan…..
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba
membandingkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia
menjadi
milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…..

kita kena menghargai apa yang kita dapat….

jika x….pasti kita akan kerugian…