“Assalamualaikum…..
Kisah Cintaku untuk renungan semua…

Nak share tentang KEKASIH saya? (saya type huruf besar tu sebab saya terlampau sangat sayang kat DIA! )Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa saya susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan.

Bila saya susah hati, boleh terus ngadu kat DIA ->direct! Yang bestnya tu, bila saya dah ngadu kat DIA, terasa peace saja. For surelah…KEKASIH,kan?!
Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH macam ni…tak pernah nak sakitkan hati saya. Bila-bila masa saja saya boleh contact DIA. Yang
seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau saya tak ingat kat DIA. Tapi rugilah saya. Sebab,kalau saya ingat & contact saja DIA, sure macam-macam la yang saya dapat.
Tak kiralah, material ke…spiritual ke…emm memang kekasih sejatilah tu!

Bila saya rindu kat DIA, baca saja surat-surat yang DIA bagi tu.Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh saya faham. Sebelum ni. saya pernah juga frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash begitu saja.

Tapi KEKASIH saya yang ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita saya frust tu.Siap bagi semangat lagi. DIA tak ada jeles pun. ***a saya saja yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dengan DIA. So. saya pun kenalah usaha betul-betul.Kata orang putih… what you give, you get back…so,
kalau saya usaha lebih sikit. saya dapat lebih la, kan?

KEKASIH saya ni baik sangat-sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadang saya
tengah-tengah malam …area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau saya terjaga. saya sure akan contact DIA. Rindulah! Sebenarnya, KEKASIH saya ni kaya …millionaire…billionaire…dan entah apa-apa naire lagi… Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup saya, DIA yang support…percaya tak? Free of charge…Tapi saya tak sedap hati la…
mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan?

Mak saya kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, ambil saja la…lepas itu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat saya sanggup berkorban apa sahaja…cheewah!

DIA suruh saya belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu.Sebab, KEKASIH saya ni memang cerdik+bijak+genius etc…

DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang saya buat semua sia-sia.DIA pun tambah sayang kat saya kalau saya rajin belajar.
Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm…saya sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la… tapi KEKASIH saya ni dah janji, satu hari nanti, mesti
jumpa. Sekarang ni menghitung hari la saya ni. Tapi kecut perut juga! Takuut. saya mesti prepare awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu. saya tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka.

Mestilah saya nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat saya, kan? tak mengapa la, berkorban sekarang,
sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang saya tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat dah ni!

KEKASIHKU..saya BERJANJI. saya AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…
WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG
INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA. saya TETAP BAHAGIA… ITULAH KEKASIHKU…ALLAH S.W.T..… CINTA
TERAGUNGKU! MAY THAT KEKASIH, OUT OF HIS SHEER MERCY, GRANT US ALL THAT TRUE AND PURE LOVE… AMIIN.

wassalam