Kisah dari Penjara Pudu.Sebelum Penjara Pudu ditutup
dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik
dipanggil “Bilik Terakhir”. Dibilik inilah seringnya
Berlaku kejadian pelik
sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan “BILIK
TERAKHIR” adalah kerana dulu ia merupakan bilik
kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada
keesokan harinya dibilik gantung.

Di “BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan
meratap,menangis,menjerit,bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan
mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan
harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara
Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu
dijalankan, mereka
sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong,
suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari
Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara
warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk
menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian
tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat
ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan
Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira-kira
lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti
tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik
tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah
bendanya itu. Sedang ia mengamat amati maka
terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam
sedang menuju kearah “Bilik terakhir” itu lalu lesap
begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing
boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia
beranikan juga diri menghampiri “Bilik Terakhir” itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu
telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil ketakutan namun
beranikan juga diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika
terlihat akan kambing tadi.Apabila sampai je kedalam
gua tersebut alangkah terperanjatnya
ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari
pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata…

“Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta
itu” “Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa”
“Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa” “Ha Ha Ha Ha Ha”

Sekian adanya………padan muka korangggggg..asyik
tengok mail je…keje tak buat…. Jangan marah
ye……gurau je…Kalau marah nanti kena jual, ….hehehe… buruk rupe kalau marah