Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang
cantik
rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak
lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan.
Apa
je menda yang dipegang oleh puteri akan cair.
Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat
dengan
puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang
mereka maka meraka akan cair jugak.


Maka musykil la Ayahanda nye kerana alamat tak
kawin la puterinya itu.
Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri,
Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan
seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh
tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan
jika
puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair.
Tapi bomoh itu
sendiri pun tak tau apakah benda tersebut.

Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja
telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki
yang dapat membawa sesuatu, yang apabila
puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang
akan kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki
datang membawa benda
masing-masing dengan harapan dapat menjadi
menantu raja. Kemudian,
pertandingan pun berlangsung….. Muncul lah
lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium.
Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada
zaman akan datang, logam ini menjadi batang
golf,
bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan….

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium
itu.Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah
lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri…

Muncullah lelaki ke-2…..

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini
lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa
akan
datang,menda ini bukan saja menjadi perhiasan
malah digunakan untuk memotong besi dan
digunakan
untuk menggali minyak di dasar lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta
mencubanya.

Lelaki#2: Silakan…..
Maka puteri itu pun memegang le berlian
tersebut.Ahhhhhhhh Cair jugak
berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu,
maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga
tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh
puteri tetap cair hendaknya…

Kemudian muncul lah elaki yang terakhir. Eh!!Dia
datang berlenggang je
tanpa membawa apa-apa pun di tangannya!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa
datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi
benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu
tu.Biar puteri Beta cuba memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak
memegangnya,seluklah dalam poket hamba ini…

Maharaja: Hmmmm…. Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket
lelaki itu. Puteri
teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada
dalam poket lelaki itu.

Kemudian puteri terpegang sesuatu… Mukanya
merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum
saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya
kembali.
puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja
hairan… Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat….

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak….

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan
lelaki ini menjadi menantu
Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe…….

Tapi…Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa
lelaki itu ketawa?

Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang
rasa puteri itu telah
pegang?

Apa yang korang terlintas dalam kepala korang?

haaaaa?Hehehehehehehehehe…..
HA HA HA HA HA HA JAWAPANNYA IALAH…
COKELAT M&M CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN! KORANG
INGAT APA? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA…TAK
SESUAII!!!!!