Assalamualaikum wbt.

Subject: Solat Kita……..

Nota ini saya terima dari rakan saya…….. rasanya sesuai untuk
bahan bacaan kita hari nie…..
Sekadar proses ulangan untuk kita semua……. …
Semoga kita boleh mencapai peringkat solat yang diterima oleh
Allah S.W.T.

Assalamualaikum semua,

Makin lama hidup sepatutnya makin banyak dan makin meningkat
amalannya. Kalau mula-mula tak pernah solat, sekarang ni semakin
rajin mencecah dahi ke sejadah.

Sembahyang ni pulak boleh digolongkan kepada 7 peringkat.

Daripada 7 peringkat ni, 3 saja yang sah Allah terima, 1
terpulang pada Allah terima atau tidak. Dan yang baki 3 lagi, Allah rejects habis, alangkah sia-sianya buat penat saja.

Tetapi ada sesiapa yang terdetik tak nak sembahyang langsung?
Padah tak sembahyang lagi besar, kekal abadi dalam neraka.

Anyway mari kita sama-sama baca apakah 7 peringkat sembahyang
ini:-

1. Sembahyang orang jahil

Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun
dengan sunat masih confuse. Dah tu tak berusaha pulak nak belajar.
Inilah dia orang beramal tanpa ilmu.

Hakikatnya: Dia ni macam tak sembahyang. Amalannya tertolak
walaupun duduk dekat saf yang paling depan ataupun baca surah
yang panjang.

2. Sembahyang orang lalai

Fardhu ain dah clear, tapi bila mula saja angkat takbir ‘xpdc’
otakpun bermula. Sekejap teringat, sekejap melayang-layang,
sampaikan barang yang hilang pun boleh terjumpa balik dalam sembahyang.

Punyalah banyak yang difikirkan dalam kepala,tiba- tiba saja dah
toleh kanan,toleh kiri…….. selesai.

Hakikatnya: Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan hatinya tidak.
Allah hadiahkan neraka Wail untuk orang yang lalai dalam
sembahyangnya.

3. Sembahyang bukan kerana Allah

Kita sembahyang sebab Allah suruh kita sembahyang, tapi ada pulak
orang sembahyang atas sebab lain contohnya nak ambil hati bakal
mak ayah mertua atau segan dengan member2 dan sebab2 lain.

Hakikatnya: Allah tolak sembahyang yang bukan didirikan
keranaNya,kecuali bila dah bertaubat dan menyesal sungguh-sungguh.

4. Sembahyang orang mujahadah

Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena sentiasa ingat Allah.
Jadi dia paksa2kan hati untuk hadir dalam sembahyang. Bila mula
nak melayang ke lain, cepat2 disentap balik. Jadinya sekejap
khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang tapi
batinnya jenuh berperang dengan syaitan dan nafsu.

Hakikatnya: terpulang pada Allah nak ampun atau nak azab. Orang
kategori ini kena banyak istighfar dan perbaiki lagi badahnya.

5. Sembahyang orang soleh

Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya, fikirannya
cuba diseiringkan dengan apa yang disebut oleh lidahnya.
Fikirannya tak melayang tapi nikmat sembahyang tidak terasa
olehnya.

Hakikatnya: Inilah sembahyang minimum yang perlu diusahakan
supaya selamat di sisi Allah dan ia juga dapat mencegah diri
daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

6. Sembahyang para wali

Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan. Waktu ruku’
dan sujud benar-benar rasa hina dan rendah diri di hadapan Tuhan.
Bila berdoa, rasa diri benar2 lemah dan mengharap. Sembahyang
dapat dihayati dan dinikmati rasanya.

Hakikatnya: Bukan saja dijamin selamat, nikmat sembahyang yang
tidak terucap juga dapat dirasai.

7. Sembahyang para nabi dan rasul

Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam keagungan
Allah……tak dapat digambarkan indah dan nikmatnya… ….

So, tingkat mana solat kita?